SELAMAT DATANG KE PERFECT ELECTRONIC
PERFECT ELECTRONIC SDN BHD, No. Lesen Perniagaan 1455746-P merupakan sebuah syarikat yang menyediakan produk kelengkapan rumah elektronik berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang profesional.
Syarikat ini memulakan operasi sebagai Perfect Electronic sejak Jun 2013 dan telah berkembang pesat selama hampir satu dekad. Pada Mac 2022, Perfect Electronic telah dinaik taraf kepada status Sdn Bhd sebagai tanda komitmen terhadap standard perniagaan yang lebih tinggi serta pengembangan operasi.
Berpusat kepada kepuasan pelanggan, Perfect Electronic Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang inovatif dan sesuai dengan keperluan moden pelanggan. Syarikat kami terus memperkukuhkan kepercayaan pelanggan menerusi kualiti, kecekapan, dan inovasi.


